Tuesday, April 28, 2009

RAKAMAN LAGU SIHAT MINDA

Pengakap Sabah mengorak langkah setapak lagi ke hadapan dengan kunjungan ke studio rakaman buat kali kedua selepas 14 tahun untuk tujuan rakaman lagu tema Kempen Sihat Minda.




video


Seramai 11 orang terdiri daripada Pesuruhjaya, Pengakap Kelana dan Pengakap Remaja telah menjalani satu sesi rakaman untuk lagu tema Kempen Sihat Minda yang akan dilancarkan semasa Persidangan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah pada 2 Mei 2009 di Kompleks Tabung Haji Sabah.

Lirik lagu bertajuk "SIHAT MINDA" ini adalah nukilan peribadi Y.Bhg. Datuk Awang Zaini Haji Suntim (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah) dan melodinya telah dicipta oleh Encik Richard Kim, komposer sama yang telah membantu menghasilkan album pertama Pengakap Sabah suatu masa dahulu..





Kali terakhir ahli Pengakap Sabah menjalani proses rakaman adalah pada tahun 1995 untuk penghasilan album "GENERASIKU" sempena Jambori Pengakap Sabah Pertama.

Untuk tahun 2009, Pengakap Sabah akan menghasilkan sebuah lagi album, "GENERASIKU VOL. 2" yang akan mula dirakamkan pada bulan Mei ini. Album kedua ini akan mengandungi sebanyak 15 buah lagu Pengakap baru yang merupakan kompilasi lagu-lagu ciptaan ahli Pengakap dari seluruh Sabah.

Semenjak Mac 2009, para Pesuruhjaya Pengakap Daerah telah dimaklumkan untuk mencalonkan lagu-lagu hasil ciptaan kumpulan ataupun Krew Kelana di daerah masing-masing untuk dimuatkan di dalam album ini. Tarikh akhir bagi penghantaran lagu ke Ibupejabat Pengakap Negeri adalah pada 29 April 2009. Para ahli kumpulan yang mencipta lagu-lagu terpilih akan didatangkan ke Kota Kinabalu untuk menghadiri sesi rakaman.

Sunday, April 26, 2009

PERHIMPUNAN RAKSAKSA 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA


Sempena sambutan ulangtahun ke-100 Pergerakan Pengakap di Malaysia, satu Perhimpunan Raksaksa Sambutan 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia telah diadakan pada 25 April 2009 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

video


Perhimpunan yang telah dihadiri oleh lebih 10000 orang ahli Pengakap dari seluruh Malaysia ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir di dalam perhimpunan ini adalah Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Yang Berhormat Dato' Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.


Antara tetamu Jemputan antarabangsa yang turut hadir adalah Mr. Jejomar C. Binay (Pengerusi, Komiti Pengakap Asia Pasifik) Mr. Abdullah Rasheed (Pengarah, Pengakap Wilayah Asia Pasifik), duta-duta serta wakil Pengakap dari lebih 16 buah Negara dalam wilayah Asia Pasifik.
Barisan Pesuruhjaya dan Ahli Pengakap Negeri Sabah yang hadir ke Perhimpunan ini.

Para peserta daripada kalangan Pengakap Kelana Negeri Sabah bersama Setiausaha Eksekutif Pengakap Sabah

Dalam perhimpunan ini, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah telah diwakili oleh 35 orang yang terdiri daripada 25 orang Pesuruhjaya serta Ahli Majlis, 8 orang Pengakap Kelana dan 2 orang Pengakap Remaja.


PENYAMPAIAN PINGAT DAN ANUGERAH



Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah menerima pengiktirafan dan Anugerah “Most Prestigious Scout Award” daripada Pertubuhan Pengakap Sedunia (WOSM) didalam perhimpunan yang gilang gemilang ini.



Barisan Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Pesuruhjaya Negeri-negeri yang menerima Pingat 100 Tahun Pengakap Malaysia


Dalam perhimpunan ini juga, seramai 100 orang Pemimpin Pengakap berjasa daripada seluruh negara turut menerima Anugerah Pingat 100 Tahun Pengakap Malaysia yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia.

Seramai empat orang pemimpin Pengakap daripada negeri Sabah telah terpilih untuk menerima pingat semasa acara ini yang terdiri daripada :

Y. Bhg. Datuk Haji Yusoff bin Datuk Seri Panglima Hj. Mohd. Kassim
(Yang DiPertua, Majlis Pengakap Negeri Sabah)

Y. Bhg. Datuk Awang Zaini Haji Suntim
(Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah)

Y. Bhg. Encik Philip Chin Saw Voon
(Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah)

Y. Bhg. Datuk Haji Murshidi bin Nambi
(Penolong Pesuruhjaya Negeri-Pantai Barat Selatan)

Y.Bhg. Datuk Awang Zaini Hj. Suntim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah menerima Pingat 100 Tahun Pengakap Malaysia daripada Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia

Antara acara dan tarikan yang disediakan semasa perhimpunan ini adalah Persembahan Kompang Formasi Pengakap Kanak-kanak, Kawad oleh Unit Pengakap Udara Negeri Johor, Pameran-pameran Sejarah Pengakap Malaysia, Unit-unit Pengakap, aktiviti dan juga jualan Kedai Pengakap.


"Saya merupakan satu-satunya Ketua Pesuruhjaya Negeri di Malaysia yang memegang Lesen Radio Amatur Kelas A". Agaknya itulah yang diterangkan oleh Y.Bhg. Datuk Awang Zaini Hj. Suntim (9M6MZ) kepada pengendali pameran radio amatur sambil diperhatikan oleh Pesuruhjaya Daerah Tawau, En. Mohd. Sayful Foo (9W6 MSY)

Semua peserta perhimpunan ini telah diberikan sijil Khas 100 tahun Pengakap Malaysia serta beg cenderamata.

Friday, April 24, 2009

SCOUT CHOC sudah mula berada di pasaran!

Coklat keluaran Pengakap Sabah kini sudah boleh didapati di pasaran. Koleksi coklat ini amat sesuai untuk dijadikan hadiah mahupun cenderahati di dalam majlis-majlis dan acara atau perayaan tertentu.


Untuk keluaran khas coklat Pengakap Sabah ini, sekeping koleksi kad Kepengakapan akan turut disertakan di dalam setiap bungkusan coklat ini. Terdapat tiga rekaan yang disediakan untuk pembeli.


Majlis Pelancaran coklat ini akan diadakan semasa Persidangan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah pada 2 Mei 2009 jam 9.30 pagi bertempat di Kompleks Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu. Semua ahli Pengakap dijemput hadir pada hari tersebut untuk sama-sama menyaksikan acara pelancaran Kempen Sihat Minda oleh Y.B. Menteri Belia dan Sukan Sabah dan juga pelancaran lagu kempen sihat minda di samping pameran dan gerai jualan yang akan turut disediakan untuk pengunjung.
(P.S.: Semua ahli Pengakap yang hadir berpakaian seragam Pengakap pada hari tersebut akan diberikan cenderamata berbentuk lencana kempen Sihat Minda-Boleh dipakai pada pakaian seragam Pengakap sepanjang tahun 2009)


Coklat ini boleh dibeli dengan harga RM 10.50 sekotak dan boleh didapatkan di Kedai Pengakap Sabah di Rumah BP, Kota Kinabalu atau melalui talian terus 088-219558 / 012-8325546. Untuk Tempahan bagi Majlis/Acara Khas, label (stiker) rekaan khas boleh ditempah pada tambahan harga sebanyak RM3.00 sekeping.

Thursday, April 16, 2009


Persidangan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah dan Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Negeri Sabah akan diadakan pada 1 hingga 3 Mei, 2009 bertempat di Kompleks Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung dan Persidangan ini akan diadakan pada 2 Mei, 2009 di tempat yang sama dan akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Peter Pang En yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah.


Antara acara sepanjang Persidangan ini adalah Istiadat Perlantikan dan Menandatangi Tauliah Perlantikan bagi Pesuruhjaya-pesuruhjaya berikut :


TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA NEGERI
AHLI MAJLIS PENGAKAP NEGERI SABAH
PENOLONG PESURUHJAYA NEGERI (A.S.C.)
PESURUHJAYA IBUPEJABAT NEGERI (S.H.C.)
PESURUHJAYA BAHAGIAN
PESURUHJAYA KAWASAN
PESURUHJAYA DAERAH (D.C.)

Semua Pesuruhjaya terlibat diWAJIBkan untuk menghadirkan diri sepanjang persidangan ini. Bagi Pesuruhjaya yang menghadapi masalah untuk hadir dikehendaki menulis surat secara rasmi kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri beserta sebab tidak dapat menghadirkan diri.


Berikut merupakan jadual penuh persidangan :

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila berhubung dengan urusetia persidangan di Ibupejabat Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SIHAT MINDA

Majlis Pelancaran Kempen Sihat Minda akan diadakan pada 2 Mei, 2009 bermula jam 8.30 pagi bertempat di Kompleks Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu.


Upacara pelancaran majlis ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Peter Pang En Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah.



Kempen Sihat Minda merupakan 1 cabang daripada Kempen 10 Gaya Hidup Sihat anjuran bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah serta Majlis Belia Sabah. Persekutuan Pengakap Malaysia cawangan Sabah telah diamanahkan untuk menyelia SIHAT MINDA dalam Kempen tersebut.


Lencana Khas Kempen SIHAT MINDA

Pada majlis pelancaran ini, lencana khas SIHAT MINDA akan diperkenalkan dan para hadirin dan ahli Pengakap yang hadir akan diberikan lencana ini (boleh dipakai sepanjang tahun 2009 pada pakaian seragam Pengakap).




Sempena majlis pelancaran ini juga, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Sabah akan turut merasmikan :

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS PENGAKAP NEGERI SABAH

PERSIDANGAN PESURUHJAYA-PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI SABAH


Pelbagai acara telah disediakan untuk pengunjung Majlis Pelancaran ini. Antaranya adalah :

PELANCARAN COKLAT KELUARAN PENGAKAP SABAH

BOOTH PAMERAN

JUALAN CENDERAHATI DAN COKLAT PENGAKAP

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

PELANCARAN LAGU TEMA SIHAT MINDA


Semua adalah dijemput hadir.

*Kepada ahli Pengakap, sila hadir dengan pakaian seragam Pengakap.


Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Ibupejabat Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.

Sunday, April 12, 2009

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENERANGAN KP 2776 & KP2777


Kursus Manikayu Penerangan KP2776 dan KP2777 telah diadakan dengan jayanya pada 11 April 2009 bertempat di Rumah BP, Kota Kinabalu, Sabah. Kursus ini merupakan kursus pertama diadakan di Negeri Sabah yang dilaksanakan berdasarkan Skima Latihan Kepimpinan Terkini Persekutuan Pengakap Malaysia.
Pada awalnya, kursus anjuran bersama Ibupejabat Negeri Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah dan Majlis Pengakap Daerah Kota Kinabalu ini mensasarkan penyertaan sekitar 30 orang daripada ahli Pengakap di sekitar Daerah Kota Kinabalu. Namun semasa kursus dimulakan, seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada ahli Pengakap Kelana Kanan, Penolong Pemimpin, Pemimpin, Penolong Pesuruhjaya Daerah dan Pesuruhjaya Daerah telah hadir; satu jumlah yang memang di luar jangkaan pihak penganjur. Daerah-daerah yang telah menghantar penyertaan adalah :
KOTA KINABALU
SEMBULAN
INANAM
PENAMPANG
PUTATAN
KENINGAU
TENOM
MEMBAKUT
BEAUFORT
TELUPID
PAPAR
Y.Bhg. Datuk Awang Zaini Hj. Suntim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah telah turut sama hadir untuk merasmikan Majlis Penutupan kursus yang menjadi sejarah sebagai pendahulu kursus kepimpinan sistem baru ini di negeri Sabah.
Berikut merupakan senarai jurulatih dan pegawai kursus :
Ketua Kursus KP2776
MEJ (B) BAHARUDIN BIN UJANG
Ketua Kursus KP2777
NOURMAN RAYN AG. ZAINI
Penolong Ketua Kursus
PHILIP CHIN SAW VOON
NOURHAIZUM AG. ZAINI
Urusetia
Para Pegawai Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah
Petugas
Krew Kelana A Daerah Kota Kinabalu
Di akhir kursus, semua peserta telah berpuashati dengan cara pelaksanaan, sukatan serta pengisian kursus, penyusunan bahan ceramah dan teknik penyampaian oleh para Jurulatih dan berharap kursus susulan akan diadakan dalam tempoh yang terdekat.

Thursday, April 9, 2009

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENERANGAN

Kursus Asas Kepimpinan Manikayu (Penerangan) mengikut Skim Latihan terbaru akan diadakan seperti butiran berikut :



Nombor Kursus
KP2776 & KP2777
Tarikh
11 April 2009
Masa
8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat
RUMAH BP, JALAN BULATAN SEMBULAN, KOTA KINABALU
Yuran Penyertaan
RM 10.00
Syarat Penyertaan
PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA INDIVIDU YANG BERUSIA 18 TAHUN KE ATAS
(Ahli Pengakap ataupun warga umum)
Bagi ahli Pengakap, anda diwajibkan memakai pakaian seragam Pengakap.




** Kepada yang berminat, sila maklumkan penyertaan anda kepada Setiausaha Latihan Negeri di talian 012-8325546 sebelum 10 April 2009.

COKLAT KELUARAN PENGAKAP SABAH


Hari yang menggembirakan untuk Pengakap di Negeri Sabah! Buat pertama kalinya, Ahli Pengakap di Sabah akan dapat berbangga serta menikmati coklat khas dengan serta ber’identiti’kan Pergerakan Pengakap terutamanya di Negeri Sabah.


Produk yang diperkenalkan semasa Kunjungan Kehormat Majlis Pengakap Sabah kepada TYT Yang DiPertua Negeri Sabah pada 7 April 2009 ini akan menggunakan jenama Pengakap Sabah dan akan mula dipasarkan pada awal bulan Mei 2009.


Usahasama untuk mengeluarkan produk ini dilakukan antara Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah dengan syarikat Borneo Cocoa Valley yang dimiliki dan diusahakan sepenuhnya oleh Cik Hasnafiza Hasnar, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sibuga, Sandakan.


CIK HASNAFIZA HASNAR Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sibuga
(Pemilik/Pengusaha Borneo Cocoa Valley)

Promosi serta pelancaran produk ini akan dilakukan semasa Persidangan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah yang dijadualkan pada 1 hingga 3 Mei 2009 bertempat di Kompleks Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu. Tempahan produk boleh dilakukan melalui Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah di talian 088-219558.

Pelancaran Kempen 10 Gaya Hidup Sihat : SIHAT MINDA serta Pameran akan turut diadakan semasa persidangan ini. Semua ahli Pengakap di negeri Sabah adalah dijemput datang untuk sama-sama memeriahkan acara ini.


A joyous day indeed for Sabah Scouts! For the first time ever, scouts from all around Sabah will have the opportunity to enjoy and be proud of our own brand of chocolate which represents the Scouting Image and promotes our movement and identity, especially in Sabah.

The said product, which was first introduced during the Sabah Scout Council’s courtesy call to the State Governor on April 7th, 2009 will bear the Scouts name and will be available in the market as early as May 2009. Orders can be made through the Sabah Scouts Headquarters at 088-219558.

This particular product is a result of joint venture between The Scouts Association of Malaysia-Sabah Branch and Borneo Cocoa Valley, fully owned and managed by Miss Hasnafiza Hasnar, District Scout Commissioner for SIBUGA, Sandakan.

Promotion and launching of this product will be held during The State Scout Commissioners’ Conference scheduled on 1st – 3rd May, 2009 at Kompleks Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu.

The official launching of SIHAT MINDA, from the series of 10 GAYA HIDUP SIHAT CAMPAIGN and exhibition will also be held during this conference. All Scouts are invited.

Wednesday, April 8, 2009

KUNJUNGAN KEHORMAT MAJLIS PENGAKAP NEGERI KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SABAH




Seramai 15 orang Ahli Majlis Pengakap Negeri Sabah dan Pesuruhjaya terkanan Pengakap Sabah telah berkunjung ke Istana Negeri untuk tujuan kunjungan kehormat kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah pada 7 April 2009.




Yang Di-Pertua Majlis Pengakap Negeri, Datuk Haji Yusoff Datuk Seri Panglima Hj. Mohd. Kassim dalam temuramah media sebelum keberangkatan tiba TYT Yang DiPertua Negeri disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Awang Zaini Haji Suntim








Kunjungan yang dijadualkan pada jam 11.00 pagi ini antara lain bertujuan untuk menyampaikan hasrat Pengakap Sabah kepada pihak istana berkenaan permohonan untuk menganjurkan Hari Pengakap peringkat negeri 2009 dan juga istiadat penganugerahan Sijil dan Lencana Pengakap Raja kepada Pengakap Sabah bagi sesi 2006, 2007 dan 2008.






Dalam kunjungan ini, TYT Yang Di-Pertua Negeri yang juga merupakan Penaung Utama Pengakap Negeri Sabah telah memberi perkenan untuk majlis tersebut diadakan pada 4 Ogos 2009.








Dalam sesi dialog, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah memaklumkan bahawa JAMBORI SABAH KEDUA akan diadakan pada Bulan Disember tahun ini di Kota Kinabalu sementara Perkhemahan PRA-JAMBORI SABAH KEDUA akan diadakan pada 2 hingga 7 Jun 2009 bertempat di ODEC, Universiti Malaysia Sabah dan penyertaan akan dibuka kepada ahli Pengakap Remaja ke atas.





Pada 1 hingga 3 Mei 2009, Persidangan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah dan Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Negeri Sabah akan diadakan di Kompleks Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu. Perlantikan Pesuruhjaya-pesuruhjaya baru dan pembaharuan tauliah perlantikan Pesuruhjaya sedia ada akan dilaksanakan semasa persidangan ini.


Logo lencana khas Kempen Sihat Minda




Dalam Persidangan ini juga, Pengakap Sabah akan mengadakan satu acara khusus pelancaran Kempen SIHAT MINDA dari siri KEMPEN 10 GAYA HIDUP SIHAT Kementerian Belia & Sukan Sabah serta Majlis Belia Sabah. Satu lencana khas SIHAT MINDA akan dikeluarkan dan boleh dipakai oleh para Pengakap sepanjang tahun ini.




Dalam acara yang sama, Yang DiPertua Majlis Pengakap Negeri Sabah, Datuk Haji Yusoff bin Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Kassim beserta Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Datuk Awang Zaini Haji Suntim turut menerangkan tentang perkembangan terkini dan aktiviti serta penglibatan Pengakap Sabah dalam kegiatan Kepengakapan di seluruh negeri dan juga bersama masyarakat setempat.





TYT Yang Di-Pertua Negeri juga turut memuji dan mengucapkan syabas kepada Pengakap Sabah di atas peningkatan dalam kualiti aktiviti serta peningkatan keahlian sepanjang tempoh pentadbiran Majlis Pengakap Negeri yang ada pada masa ini.




SCOUT CHOC, produk Pengakap Sabah dengan usahasama Borneo Cocoa Valley (diusahakan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sibuga) yang akan dilancarkan pada 1 Mei 2009.


Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah menyampaikan cenderahati berbentuk

coklat keluaran Pengakap Sabah kepada TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah




Di penghujung acara, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri telah menyampaikan cenderahati kepada TYT Yang Di-Pertua Negeri berbentuk COKLAT khusus keluaran Pengakap Sabah yang dibuat sendiri di kilang milik salah seorang Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Sibuga) dan berpusat di Sandakan. Buat masa ini, para Pengakap yang berminat untuk mendapatkannya boleh membuat tempahan melalui Ibupejabat Pengakap Negeri.





Ahli Majlis Pengakap Negeri Sabah (MPNS)

Dari kiri :

AHMAD HJ. ABD. MALEK (Bendahari Kehormat), DANIEL TAN JWEE PENG (Naib Yang Di-Pertua MPNS), DATUK HJ. YUSOFF BIN D.S.P. HJ. MOHD. KASSIM (Yang Di-Pertua MPNS), DATUK AWANG ZAINI HJ. SUNTIM (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah), ZAHARI HJ. SUHAILI (EXCO MPNS), HAJI YAHAMAD BIN BUDIN (EXCO MPNS)


Tiada dalam gambar

NOURMAN RAYN DATUK AG. ZAINI (Setiausaha Eksekutif Pengakap Negeri), HJ. ABD. GHAFAR MADIN (EXCO MPNS)



Rombongan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah yang hadir semasa Kunjungan Kehormat kepada


Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah 7 April 2009




Dari Kiri :

MOHD. ZAKARIA DULANG, JIBAH HJ. SUHAILI, MEJ. (B) BAHARUDIN BIN UJANG,

JOHN NG AH KIAN, PHILIP CHIN SAW VOON, AHMAD HJ. ABD. MALEK,

DANIEL TAN JWEE PENG, DATUK HJ. YUSOFF BIN D.S.P. HJ. MOHD. KASSIM,

DATUK AWANG ZAINI HJ. SUNTIM, DATUK OKK. HJ. MURSHIDI NAMBI,

ZAHARI HJ. SUHAILI, HJ. YAHAMAD BUDIN, NOURMAN RAYN DATUK AG. ZAINI,

MOHAMMAD BIN MAJID, MOHD SUHAIMI HJ. MOHAMED HUSAIN


Kunjungan berakhir sekitar jam 12.00 tengahari dan selepas sesi kunjungan, satu sesi fotografi berkumpulan dan individu telah diadakan khusus untuk barisan Ahli Majlis Pengakap Negeri terkini. Liputan berkenaan kunjungan hormat ini telah disiarkan melalui saluran Radio Malaysia pada petang hari yang sama manakala berita televisyen disiarkan pada 8.30 malam (8 April 2009) melalui Berita Perdana di TV1.

Tuesday, April 7, 2009

KURSUS ASAS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGAKAP NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Kursus Asas Kepimpinan Manikayu Pengakap Negara Brunei Darussalam telah diadakan pada 25 hingga 29 Mac 2009 bertempat di Pusat Latihan Pengakap Negara Brunei Darussalam.



Dalam Kursus ini, dua orang Pesuruhjaya daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah telah dijemput khas sebagai jurulatih bagi kursus ini dan berkongsi pengetahuan serta kemahiran berpengakap di Malaysia bersama ahli Pengakap Negara Brunei.




Pesuruhjaya yang terlibat adalah :


1) En. Mohammad bin Majid (PPN Pengakap Kelana)
2) En. Asim bin Hj. Ag. Yusop (PPN. Tugas-tugas Khas)



Antara kemahiran khusus yang dilatih oleh mereka adalah kawad kaki dan kawad tongkat, penyampaian sidang dan Kawalan Kehormat di samping kemahiran Berpengakap lainnya.









* Tarikh pada foto adalah berlainan kerana tarikh dalaman kamera yang digunakan tidak dikemaskini. -ed.