Thursday, May 7, 2009

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SIHAT MINDA



KEMPEN SIHAT MINDA; salah satu cabang daripada Kempen 10 Gaya Hidup Sihat (10S) anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Majlis Belia Sabah (MBS), telah diamanahkan untuk diseliakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.



Kempen ini mengetengahkan 8 panduan sikap dan cara hidup berdasarkan 10 modul gaya hidup (Undang-undang Pengakap) demi mewujudkan warganegara belia yang berketrampilan, berdaya kepimpinan, bersifat yakin pada kemampuan diri sendiri, cintakan negara dan berminda kelas pertama.

Kempen Sihat Minda telah dilancarkan dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Peter Pang En Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah dalam satu majlis khas di Kompleks Tabung Haji Sabah pada 2 Mei 2009.



Kempen Sihat Minda ini akan dilancarkan di seluruh negeri Sabah semasa Roadtour Ibupejabat Pengakap Negeri ke bahagian-bahagian dan daerah-daerah. Pelancaran berikutnya akan diadakan di Bahagian Pedalaman Bawah pada 9 Mei 2009 bertempat di Dewan SM. St. Paul, Beaufort dan akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Kamarlin bin Haji Ombi, Ahli Dewan Undangan Negeri N27 Lumadan.

Tuesday, May 5, 2009

PELANCARAN COKLAT KELUARAN PENGAKAP SABAH




Jenama Coklat keluaran Pengakap Sabah, “SCOUT CHOC” telah dilancarkan dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Peter Pang En Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah sempena kunjungan beliau dalam Majlis Pelancaran Kempen Sihat Minda dan Persidangan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah pada 2 Mei, 2009 bertempat di Kompleks Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu.





Turut hadir untuk mempromosikan produk ini adalah Cik Hasnafiza Hassnar, ahli Pengakap dan mantan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sibuga yang telah memberikan penerangan terperinci berkenaan produk dan proses penghasilannya di premis beliau yang terletak di Batu 8, Sandakan.

Cik Hasnafiza sedang memberikan penerangan proses penghasilan Scout Choc kepada Yang Berhormat Menteri Belia & Sukan Sabah serta Y. Bhg. En. Mustapha Sakmud, Presiden Majlis Belia Sabah (MBS)

Produk yang dihasilkan sepenuhnya oleh ahli Pengakap Negeri Sabah ini didatangkan dalam bentuk ‘nugget’ dan usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan coklat berbentuk ‘bar’ yang akan mula dipasarkan di Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah dalam masa terdekat.

Pengakap Kelana A Daerah Kota Kinabalu sedang melayani para Pesuruhjaya Daerah yang berkunjung ke Gerai jualan Scout Choc.

PERSIDANGAN PESURUHJAYA-PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI SABAH 2009


Persidangan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah 2009 telah diadakan pada 1 hingga 3 Mei, 2009 bertempat di Kompleks Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu.
En. Nourman Rayn (Ketua Urusetia) sedang memberikan penerangan kepada Pesuruhjaya Daerah yang mendaftar.

Kad Pengenalan diri yang digunakan sepanjang Persidangan.

Persidangan ini telah dihadiri oleh seramai 85 orang Pesuruhjaya Pengakap dari seluruh Negeri Sabah yang merangkumi jawatan-jawatan :


KETUA PESURUHJAYA NEGERI
(STATE CHIEF COMMISSIONER)
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA NEGERI
(VICE STATE CHIEF COMMISSIONER)
PENOLONG KETUA PESURUHJAYA NEGERI
(ASSISTANT STATE CHIEF COMMISSIONER)
PENOLONG PESURUHJAYA NEGERI
(ASSISTANT STATE COMMISSIONER/ASC)
PESURUHJAYA IBUPEJABAT NEGERI
(STATE HQ COMMISSIONER)
PESURUHJAYA BAHAGIAN
(REGIONAL COMMISSIONER/RC)
PESURUHJAYA KAWASAN
(AREA COMMISSIONER/AC)
PESURUHJAYA DAERAH
(DISTRICT COMMISSIONER/DC)


Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah sedang memberikan taklimat awal berkenaan perjalanan persidangan.


Mejar (B) Baharudin Ujang (Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri-Latihan)sedang memberikan taklimat berkenaan pelaksanaan Istiadat Menerima Perlantikan dan Menandatangani Watikah kepada para Pesuruhjaya.

Ketua Pesuruhjaya Negeri sedang menerangkan tentang Pelan Perancangan Strategik Pengakap Sabah (CTTR) 2004-2009 dan mengarahkan agar Jawatankuasa Khas melaksanakan fasa kedua CTTR 2010-2015.



Istiadat Perlantikan dan Menandatangani Watikah telah diadakan pada 2 Mei 2009.


Para Pesuruhjaya sedang menanti giliran untuk menerima Watikah Perlantikan


Pesuruhjaya Kanan Pengakap Negeri Sabah sedang melafaz ikrar menjalankan tugas di hadapan Ketua Pesuruhjaya Negeri

En. Philip Chin (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri) sedang menandatangi Watikah perlantikan beliau.

Persidangan yang berlangsung selama 3 hari ini telah menghasilkan beberapa resolusi dan pengumuman yang penting untuk memajukan lagi Pergerakan Pengakap di Negeri Sabah. Antara Resolusi dan pengumuman yang telah diadakan adalah :

PENUBUHAN DAERAH PENGAKAP TUNGKU YANG DIPISAHKAN
DARIPADA DAERAH LAHAD DATU.
PELAKSANAAN FASA KEDUA PERANCANGAN STRATEGIK PENGAKAP SABAH (CTTR) 2010 – 2015.
PENGUMUMAN WARTA PENERIMA ANUGERAH PENGAKAP NEGERI SABAH.
PENERANGAN KAEDAH PELAKSANAAN SKIM LATIHAN TERKINI.


Datuk Amir Bek Amir Husein (Penolong Pesuruhjaya Negeri-Bahagian Tawau) sedang memberi cadangan berdasarkan pengalaman beliau sepanjang puluhan tahun berpengakap. Di sebelahnya adalah Datuk OKK Haji Murshidi Nambi (Penolong Pesuruhjaya Negeri-Bahagian Pantai Barat Selatan) yang merupakan pengasas kumpulan Pengakap Kelana Pertama di Sabah pada tahun 1947 di Kota Belud.


GELAGAT DAN AKSI PARA PESURUHJAYA DI SEPANJANG PERSIDANGAN