Thursday, May 7, 2009

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SIHAT MINDA


video

KEMPEN SIHAT MINDA; salah satu cabang daripada Kempen 10 Gaya Hidup Sihat (10S) anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Majlis Belia Sabah (MBS), telah diamanahkan untuk diseliakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.



Kempen ini mengetengahkan 8 panduan sikap dan cara hidup berdasarkan 10 modul gaya hidup (Undang-undang Pengakap) demi mewujudkan warganegara belia yang berketrampilan, berdaya kepimpinan, bersifat yakin pada kemampuan diri sendiri, cintakan negara dan berminda kelas pertama.

Kempen Sihat Minda telah dilancarkan dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Peter Pang En Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah dalam satu majlis khas di Kompleks Tabung Haji Sabah pada 2 Mei 2009.



Kempen Sihat Minda ini akan dilancarkan di seluruh negeri Sabah semasa Roadtour Ibupejabat Pengakap Negeri ke bahagian-bahagian dan daerah-daerah. Pelancaran berikutnya akan diadakan di Bahagian Pedalaman Bawah pada 9 Mei 2009 bertempat di Dewan SM. St. Paul, Beaufort dan akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Kamarlin bin Haji Ombi, Ahli Dewan Undangan Negeri N27 Lumadan.

4 comments:

  1. Salam,
    Pernah lama dulu saya kenal seorang skipper yang selalu di BP House. Namanya kalau tidak salah eja, Excequill Hijara. Boleh kah saya tahu di mana beliau kini berada dan bagaimana saya boleh menghubunginya.

    TQVM

    ReplyDelete
  2. Selepas beliau bersara, kami turut terputus hubungan dengan En. Exequiel Hijara. Pernah saya terserempak dengan beliau semasa menguruskan tiket penerbangan dan menurutnya, dia kini tinggal bersama anak saudaranya di New Zealand/Australia saya kurang pasti. Ada juga khabar menyatakan bahawa beliau telah kembali ke kampung halaman beliau dan mengusahakan sebuah restoran.

    ReplyDelete
  3. Belumkah lagi memiliki satu helai bendera kumpulan pengakap anda? ScoutShop-JB ada jawapannya. kami sedia menerima tempahan untuk kumpulan, daerah, negeri dan lain lain lagi dan siap sedia dalam jangka masa 1 minggu sahaja.

    visit our shop at http://scoutshop-jb.blogspot.com

    Kedai Pengakap Scoutshop JB

    ReplyDelete
  4. amat jaitor tarimohAugust 24, 2010 at 4:31 PM

    salam datuk,saya amat jaitor tarimoh dulunya adalah seorang pengakap yang aktif juga,dulu saya menjadi pemimpin di sekolah maktab sabah bersama-sama sudiono dan mendiang francis kang,persoalannya,adakah saya masih layak untuk mengikuti kumpulan pengakap ini dan di mana saya harus melapor diri menjadi ahli semula adakah di bp house..memandangkan minat saya masih pada pengakap lagi.

    ReplyDelete