Tuesday, May 5, 2009

PELANCARAN COKLAT KELUARAN PENGAKAP SABAH




Jenama Coklat keluaran Pengakap Sabah, “SCOUT CHOC” telah dilancarkan dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Peter Pang En Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah sempena kunjungan beliau dalam Majlis Pelancaran Kempen Sihat Minda dan Persidangan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah pada 2 Mei, 2009 bertempat di Kompleks Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu.





Turut hadir untuk mempromosikan produk ini adalah Cik Hasnafiza Hassnar, ahli Pengakap dan mantan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sibuga yang telah memberikan penerangan terperinci berkenaan produk dan proses penghasilannya di premis beliau yang terletak di Batu 8, Sandakan.

Cik Hasnafiza sedang memberikan penerangan proses penghasilan Scout Choc kepada Yang Berhormat Menteri Belia & Sukan Sabah serta Y. Bhg. En. Mustapha Sakmud, Presiden Majlis Belia Sabah (MBS)

Produk yang dihasilkan sepenuhnya oleh ahli Pengakap Negeri Sabah ini didatangkan dalam bentuk ‘nugget’ dan usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan coklat berbentuk ‘bar’ yang akan mula dipasarkan di Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah dalam masa terdekat.

Pengakap Kelana A Daerah Kota Kinabalu sedang melayani para Pesuruhjaya Daerah yang berkunjung ke Gerai jualan Scout Choc.

No comments:

Post a Comment