Seramai 11 orang terdiri daripada Pesuruhjaya, Pengakap Kelana dan Pengakap Remaja telah menjalani satu sesi rakaman untuk lagu tema Kempen Sihat Minda yang akan dilancarkan semasa Persidangan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah pada 2 Mei 2009 di Kompleks Tabung Haji Sabah.
Lirik lagu bertajuk "SIHAT MINDA" ini adalah nukilan peribadi Y.Bhg. Datuk Awang Zaini Haji Suntim (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah) dan melodinya telah dicipta oleh Encik Richard Kim, komposer sama yang telah membantu menghasilkan album pertama Pengakap Sabah suatu masa dahulu..

Kali terakhir ahli Pengakap Sabah menjalani proses rakaman adalah pada tahun 1995 untuk penghasilan album "GENERASIKU" sempena Jambori Pengakap Sabah Pertama.

Coklat keluaran Pengakap Sabah kini sudah boleh didapati di pasaran. Koleksi coklat ini amat sesuai untuk dijadikan hadiah mahupun cenderahati di dalam majlis-majlis dan acara atau perayaan tertentu. 












