Friday, April 24, 2009

SCOUT CHOC sudah mula berada di pasaran!

Coklat keluaran Pengakap Sabah kini sudah boleh didapati di pasaran. Koleksi coklat ini amat sesuai untuk dijadikan hadiah mahupun cenderahati di dalam majlis-majlis dan acara atau perayaan tertentu.


Untuk keluaran khas coklat Pengakap Sabah ini, sekeping koleksi kad Kepengakapan akan turut disertakan di dalam setiap bungkusan coklat ini. Terdapat tiga rekaan yang disediakan untuk pembeli.


Majlis Pelancaran coklat ini akan diadakan semasa Persidangan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah pada 2 Mei 2009 jam 9.30 pagi bertempat di Kompleks Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu. Semua ahli Pengakap dijemput hadir pada hari tersebut untuk sama-sama menyaksikan acara pelancaran Kempen Sihat Minda oleh Y.B. Menteri Belia dan Sukan Sabah dan juga pelancaran lagu kempen sihat minda di samping pameran dan gerai jualan yang akan turut disediakan untuk pengunjung.
(P.S.: Semua ahli Pengakap yang hadir berpakaian seragam Pengakap pada hari tersebut akan diberikan cenderamata berbentuk lencana kempen Sihat Minda-Boleh dipakai pada pakaian seragam Pengakap sepanjang tahun 2009)


Coklat ini boleh dibeli dengan harga RM 10.50 sekotak dan boleh didapatkan di Kedai Pengakap Sabah di Rumah BP, Kota Kinabalu atau melalui talian terus 088-219558 / 012-8325546. Untuk Tempahan bagi Majlis/Acara Khas, label (stiker) rekaan khas boleh ditempah pada tambahan harga sebanyak RM3.00 sekeping.

No comments:

Post a Comment