Thursday, April 16, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SIHAT MINDA

Majlis Pelancaran Kempen Sihat Minda akan diadakan pada 2 Mei, 2009 bermula jam 8.30 pagi bertempat di Kompleks Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu.


Upacara pelancaran majlis ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Peter Pang En Yin, Menteri Belia dan Sukan Sabah.



Kempen Sihat Minda merupakan 1 cabang daripada Kempen 10 Gaya Hidup Sihat anjuran bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah serta Majlis Belia Sabah. Persekutuan Pengakap Malaysia cawangan Sabah telah diamanahkan untuk menyelia SIHAT MINDA dalam Kempen tersebut.


Lencana Khas Kempen SIHAT MINDA

Pada majlis pelancaran ini, lencana khas SIHAT MINDA akan diperkenalkan dan para hadirin dan ahli Pengakap yang hadir akan diberikan lencana ini (boleh dipakai sepanjang tahun 2009 pada pakaian seragam Pengakap).




Sempena majlis pelancaran ini juga, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Sabah akan turut merasmikan :

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS PENGAKAP NEGERI SABAH

PERSIDANGAN PESURUHJAYA-PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI SABAH


Pelbagai acara telah disediakan untuk pengunjung Majlis Pelancaran ini. Antaranya adalah :

PELANCARAN COKLAT KELUARAN PENGAKAP SABAH

BOOTH PAMERAN

JUALAN CENDERAHATI DAN COKLAT PENGAKAP

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

PELANCARAN LAGU TEMA SIHAT MINDA


Semua adalah dijemput hadir.

*Kepada ahli Pengakap, sila hadir dengan pakaian seragam Pengakap.


Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Ibupejabat Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.

No comments:

Post a Comment