Sunday, April 12, 2009

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENERANGAN KP 2776 & KP2777


Kursus Manikayu Penerangan KP2776 dan KP2777 telah diadakan dengan jayanya pada 11 April 2009 bertempat di Rumah BP, Kota Kinabalu, Sabah. Kursus ini merupakan kursus pertama diadakan di Negeri Sabah yang dilaksanakan berdasarkan Skima Latihan Kepimpinan Terkini Persekutuan Pengakap Malaysia.
Pada awalnya, kursus anjuran bersama Ibupejabat Negeri Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah dan Majlis Pengakap Daerah Kota Kinabalu ini mensasarkan penyertaan sekitar 30 orang daripada ahli Pengakap di sekitar Daerah Kota Kinabalu. Namun semasa kursus dimulakan, seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada ahli Pengakap Kelana Kanan, Penolong Pemimpin, Pemimpin, Penolong Pesuruhjaya Daerah dan Pesuruhjaya Daerah telah hadir; satu jumlah yang memang di luar jangkaan pihak penganjur. Daerah-daerah yang telah menghantar penyertaan adalah :
KOTA KINABALU
SEMBULAN
INANAM
PENAMPANG
PUTATAN
KENINGAU
TENOM
MEMBAKUT
BEAUFORT
TELUPID
PAPAR
Y.Bhg. Datuk Awang Zaini Hj. Suntim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah telah turut sama hadir untuk merasmikan Majlis Penutupan kursus yang menjadi sejarah sebagai pendahulu kursus kepimpinan sistem baru ini di negeri Sabah.
Berikut merupakan senarai jurulatih dan pegawai kursus :
Ketua Kursus KP2776
MEJ (B) BAHARUDIN BIN UJANG
Ketua Kursus KP2777
NOURMAN RAYN AG. ZAINI
Penolong Ketua Kursus
PHILIP CHIN SAW VOON
NOURHAIZUM AG. ZAINI
Urusetia
Para Pegawai Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah
Petugas
Krew Kelana A Daerah Kota Kinabalu
Di akhir kursus, semua peserta telah berpuashati dengan cara pelaksanaan, sukatan serta pengisian kursus, penyusunan bahan ceramah dan teknik penyampaian oleh para Jurulatih dan berharap kursus susulan akan diadakan dalam tempoh yang terdekat.

1 comment:

  1. Tahniah skip Ryan.... jemput singgah blog saya http:santai-norazman.blogspot.com ada aktiviti pengakap juga dalam tu...

    ReplyDelete