Tuesday, April 28, 2009

RAKAMAN LAGU SIHAT MINDA

Pengakap Sabah mengorak langkah setapak lagi ke hadapan dengan kunjungan ke studio rakaman buat kali kedua selepas 14 tahun untuk tujuan rakaman lagu tema Kempen Sihat Minda.





Seramai 11 orang terdiri daripada Pesuruhjaya, Pengakap Kelana dan Pengakap Remaja telah menjalani satu sesi rakaman untuk lagu tema Kempen Sihat Minda yang akan dilancarkan semasa Persidangan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah pada 2 Mei 2009 di Kompleks Tabung Haji Sabah.

Lirik lagu bertajuk "SIHAT MINDA" ini adalah nukilan peribadi Y.Bhg. Datuk Awang Zaini Haji Suntim (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah) dan melodinya telah dicipta oleh Encik Richard Kim, komposer sama yang telah membantu menghasilkan album pertama Pengakap Sabah suatu masa dahulu..





Kali terakhir ahli Pengakap Sabah menjalani proses rakaman adalah pada tahun 1995 untuk penghasilan album "GENERASIKU" sempena Jambori Pengakap Sabah Pertama.

Untuk tahun 2009, Pengakap Sabah akan menghasilkan sebuah lagi album, "GENERASIKU VOL. 2" yang akan mula dirakamkan pada bulan Mei ini. Album kedua ini akan mengandungi sebanyak 15 buah lagu Pengakap baru yang merupakan kompilasi lagu-lagu ciptaan ahli Pengakap dari seluruh Sabah.

Semenjak Mac 2009, para Pesuruhjaya Pengakap Daerah telah dimaklumkan untuk mencalonkan lagu-lagu hasil ciptaan kumpulan ataupun Krew Kelana di daerah masing-masing untuk dimuatkan di dalam album ini. Tarikh akhir bagi penghantaran lagu ke Ibupejabat Pengakap Negeri adalah pada 29 April 2009. Para ahli kumpulan yang mencipta lagu-lagu terpilih akan didatangkan ke Kota Kinabalu untuk menghadiri sesi rakaman.

4 comments:

  1. uii.. siuk kamu recording.. hehehea.. keep it up!! scouts for life!

    -Scout keningau

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Pengakap Sabah memang boleh!

    ReplyDelete
  3. SABAH BOLEH..
    SCOUTING FOR LIFE !!

    ReplyDelete
  4. Salam....guys,ada sapa2 tau ka mana mau download lagu2 generasiku vol1 tu..?lg 1 sapa2 ada picture jambori pengakap sabah pertama semporna 1995???tiba2 terindu pylak zaman2 tu...sebenarnya saya adalah peserta jambori yg paling muda time tu.....

    ReplyDelete