Wednesday, December 10, 2008

SEMINAR PASUKAN LATIHAN NEGERI SABAH

Dalam usaha untuk mengetengahkan sistem latihan manikayu terkini, Pasukan Latihan Negeri Sabah akan mengadakan satu seminar untuk mengkaji 7 naskah buku rujukan untuk pengendali kursus manikayu.

Butiran seminar adalah seperti berikut :

SEMINAR PASUKAN LATIHAN NEGERI SABAH
Tarikh : 1 hingga 3 Januari 2009
Tempat : Kompleks Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu. (Menginap)

Seminar ini akan dihadiri oleh seramai 40 orang pemegang manikayu 4 biji dan 3 biji (ahli Pasukan Latihan Negeri) dan pemimpin-pemimpin ini akan dibahagikan kepada 7 kumpulan yang masing-masing akan mengkaji dan menyemak 1 buku rujukan.

Hasil seminar ini akan diagihkan ke seluruh negeri Sabah dan seminar serupa sedang dirancang untuk diadakan di peringkat bahagian.

Sehubungan itu, seramai 7 orang pencatat/jurutaip/setiausaha adalah diperlukan untuk setiap kumpulan di mana setiap seorang akan mencatat semua hasil perbincangan dalam setiap kumpulan. Permohonan adalah dibuka kepada semua ahli Pengakap Sabah. Syarat kelayakan adalah seperti berikut :

1. Tahu menaip dan mengendalikan perisian MSWord.

2. Boleh menggunakan perisian MSPowerpoint.

*Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang boleh membawa komputer riba sendiri.


Antara insentif dan kemudahan yang disediakan adalah :

1. Penginapan dan makan / minum sepanjang seminar.

2. Sokongan dan kelulusan bagi ujian perkhidmatan (Lencana Setiausaha) bagi Pengakap Muda.

2. Sokongan bagi kelulusan lencana perkhidmatan bagi Pengakap Remaja.

3. Sokongan untuk kelulusan Projek bakal kelana ataupun lencana Projek bagi Pengakap Kelana.

4. Aksesori Urusetia.

5. Sijil Penghargaan.

Kursus Induksi Urusetia Seminar akan diadakan pada 31 Disember 2008. Oleh yang demikian, calon yang terpilih dikehendaki melapor diri ke Rumah BP, Kota Kinabalu selewat-lewatnya pada malam 30 Disember 2008.

Cara memohon :

Sila dapatkan borang permohonan secara terus daripada saya melalui :

Tel : 088-219559
H/P : 012-8325546
e-mail : rayngs@yahoo.com.my

Nota : Bagi Pengakap Kelana, Remaja dan Pengakap Muda, sila dapatkan borang lebih awal daripada saya. Dapatkan kebenaran dan tandatangan daripada Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin Kumpulan/Ketua Krew dan diisikan pada borang tersebut.
BORANG HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA SAYA SECARA E-MAIL ATAUPUN FAX ATAU SECARA LANGSUNG SEBELUM 25 DISEMBER 2008.

No comments:

Post a Comment